NADI MAHIR Pertanian Pintar sesi 1 - iv
16 Februari 2025 | Aktiviti TerkiniPada 15 Februari 2025, telah berlangsung NADI MAHIR Pertanian Pintar sesi 1 - iv. Kelas ini berlangsung di NADI Padang Besar Selatan bermula pada pukul 11:00 pagi sehingga pukul 12:00 tengah hari. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk mencapai Road To 1 Million ahli NADI.
Sepanjang kelas ini berlangsung, Peserta menjawap soalan kuiz yang diberikan. Seterusnya guru MAHIR memberi penerangan mengenai semaian benih, bahan untuk menyemai benih fertigasi iaitu dulang semaian, peat moss dan air. Antara lain, guru MAHIR memberi penerangan mengenai cara penyemaian benih fertigasi. Akhir sekali, guru MAHIR menerangkan mengenai rumah semaian iaitu untuk melindungi anak benih, dinding kalis serangga dan bumbung telus cahaya.
Dengan adanya kelas seperti ini, ianya dapat meningkatkan kemahiran pertanian bagi peserta. Selain itu, dapat menggalakkan peserta mendapatkan kemudahan yang NADI sediakan dan dapat membina hubungan baik diantara staf dan peserta.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: